Saturday, January 15, 2011

ah hujan lagi

hujan lagi
aku suka bau hujan
bau manis hujan waktu malam
angin menderu kuat
kilat memancar
guruh gegak gempita
romaku meremang
dingin mencengkam

ya hujan lagi
hujan lebat lagi
angin kuat tambah deras
rumahku tempias lagi
tingkap-tingkap utara kututup dulu
bilik adik banjir lagi
bumbung bocor lagi
nasib kotak-kotakku tak kebasahan

angin hujan malam
mataku pedih minta ditutup
aku tak mahu
kepalaku berat minta diampu bantal
aku tak mahu
aku tak mahu lagi
walau kutahu malam ini tidur ku akan enak sekali
aku tak mahu selagi dia belum kutemui

2 comments:

  1. kuat rindu nih.. semoga bmimpi indah nnt. huehuehue

    ReplyDelete
  2. em tak tau la indah ke tak.. harap2 jela

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen