Tuesday, December 28, 2010

mimpi cinta

wajah sama yang kulihat dalam mimpiku dulu
muncul lagi
kebanyakan waktu dia muncul kala aku fikir hatiku mula beralih arah
tetapi adakah dia juga merasakan yang sama?
rasa yang kukira sudah cukup lama kusimpan
cukup lama

dalam perjalananku yang singkat ini
pernahku terpesong, aku singgah yang lain
tetapi tidak pula berkekalan
kutinggalkan dia namun aku pula yang ketinggalan

ampuniku
aku tidak bermaksud mengkhianati rasa ini
pada waktu itu aku hanya cuba melupakanmu
kerana kusangka kau tidak akan kutemui lagi

TETAPI kau muncul lagi
kali ini, kau pula menghulurkan salam
ingin sekali aku menyambutnya dan biar kau sedar akan rasa ini
bilakah akan tiba saat itu?
saat aku bisa berdamping denganmu
berbaring di ribaanmu
seperti yang biasa kulihat dalam mimpi-mimpiku

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen