Tuesday, April 6, 2010

hujan lebat lagi lagi

biasalah.. hujan lebat memang time yang paling best untuk berangan, dan layan blues.. bukan blue, ok?

baru-baru ni macam-macam dah berlaku. dua orang sepupu yang sebaya dah berkahwin dengan pilihan masing-masing, percintaan semasa belajar di universiti. betul, perkara ni sekali lagi memberi tamparan besar dalam hidup ni. bukan sebab cemburu mereka dah berkahwin, tapi cemburu yang mereka dah bersedia untuk suatu peringkat baru dalam kehidupan, sedangkan han masih di sini, melakukan perkara yang sama sejak 7 tahun yang lalu (walaupun every day is a brand new day and never be the same). selain sepupu-sepupu yang baru berkahwin tu, ada juga kawan-kawan seperjuangan yang juga sudah melengkapkan iman mereka. han ucapkan semoga berbahagia dan kekal sampai akhir hayat. jangan gaduh-gaduh, cubalah berkongsi hidup dengan penuh sabar dan saling percaya-mempercayai.

cukup dengan kisah kahwin, salah seorang kawan sejak sekolah menengah pula sedang membina kejayaan dengan menyertai suatu network marketing yang han kira agak berjaya dan mungkin paling dipercayai setakat ini. cumanya han tak ada modal dan keyakinan untuk melakukannya. kawan han ni dah berjaya memiliki sebuah kereta sukan, hehe.. sport car, bmw z4 yang sungguh hangat walaupun hanya dengan mendengar jenama dan modelnya. kawan han ni masa sekolah dulu amatlah nakalnya, dan banyak cakap. teringat lagi kami semua memanggilnya dinosaur. kenapa agaknya. mungkin dengan mulut besarnya itu, dia berjaya meyakinkan potential prospect untuk menyertai network marketing tersebut. alhamdulillah, dia pun dah tak jahat macam dulu.. tahu cara nak mencapai masa depan yang gemilang. dia kot salah seorang yang paling berjaya (monetarily) di kalangan kawan-kawan han, walaupun dia antara yang paling teruk masa sekolah dulu.

kisah seorang kawan yang belajar di negara matahari terbit pula, kini dia sudah pulang untuk bekerja di tanahairnya. betapa suatu ketika dia berasa sungguh kehilangan apabila ibunya meninggal dunia. kawan han ni anak bongsu, satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, sudah tentu amat rapat dengan ibunya yang juga seorang guru di sekolah kami. kini, hatinya masih bolak-balik dengan konflik yang berlaku di sekelilingnya dan merubah dirinya secara langsung atau tidak langsung. sayang, jaga dirimu.. i know you can do it. you'll make your mom proud of you. i know you are strong. 

"you can achieve more than anyone"

dalam keadaan sedikit pilu ini, mengenangkan seorang kawan yang dikenali sejak darjah 2 sampai masuk uia, (1993-2005) tempoh persahabatan kami yang agak lama ni memberi peluang untuk han mengenali seorang yang sangat istimewa, kini tiada lagi di dunia ini. seorang yang sangat outspoken walaupun kadang-kadang mengalami sedikit gangguan emosi. sekolah rendah sama, sekolah menengah juga sama, satu universiti lagi. han rindu dengan ikan masak pindangmu.. al-fatihah kukirimkan di tarikh hari jadimu yang baru berlalu (5 april).

kawan-kawan yang dah jauh dari han. han kangen banget! bila lagi kita dapat habiskan masa bersama-sama.. tepi pantai ke.. (emm berangan lagi)

bukanlah han mahu membanding-bandingkan antara sesiapa ataupun nak memandang serong kepada sesiapa. tapi itukah.. apa juga yang berlaku pada waktu dahulu, walaupun sedikit sebanyak ia mempengaruhi diri kita sekarang, usahalah untuk yang terbaik. han pun sedang berusaha, dengan payah sekali untuk menghabiskan step yang terahir di uia ni.. tak sanggup lagi dah weh!!

harap semua bertabah dengan segala yang berlaku, cuba sedaya-upaya demi masa depan yang gemilang. han pun akan cuba, yeah!! tolong doakan untuk han sama ye? thank you!!