Thursday, March 18, 2010

sukar dipercayai

pada mulanya, memang han dah buat keputusan tak nak pergi ke kuantan untuk ke perkahwinan zhafri dan nabila. tetapi tiba-tiba, setelah dipujuk oleh acik shah, han pun ikutlah trip wawa, liah dan ima ke kuantan. dalam perjalanan, (pada masa entri ini ditaip, kami berada di uia) orang ofis wawa called mengatakan dia perlu menghantar laporan dalam bentuk softcopy, padahal wawa telah mencetak keluar laporan tersebut. lalu, kerana kami telah singgah di mcd karak, maka kami telah membuat keputusan untuk singgah di uia sebentar untuk menghantar email yang disertakan laporan yang dikatakan tadi. jadi, di sinilah kami, di makmal komputer kaed, menyiapkan laporan dan menghantarnya kepada pihak yang berkenaan. hehe.. lawok. nasib baik hani ikutkalau tak, diorang kena lah cari kafe siber. hehehe :p

baiklah, kami nak menyambung perjalanan ke kuantan, daa!

Thursday, March 11, 2010

aha!

ahahahahahahaahahahahahahahahahahahahaahahhahahaahahahahahahahahahaha~

Thursday, March 4, 2010

plaza campbell and sogo dan berjaya times square

hi.

saya tak pernah masuk plaza campbell di kl ni. semalam saya ke sana untuk menghantar chicken puff kepada makcik saya yang menyertai kelas jahitan di sana. selepas itu, saya berjalan-jalan di plaza tersebut dan berasa sangat terkejut kerana ada pelbagai perkara baru yang saya lihat di sana. sepanjang 7 tahun tinggal di kl, saya tak pernah pijak lantai plaza ini pun dan hari ini, saya rasa, saya akan kembali.

saya tak pernah melihat koleksi converse yang begitu banyak di sesebuah kedai. tapi semalam saya dapat lihat banyak koleksi kasut converse ni, yang baru, yang lama, sayangnya rekabentuk kasut yang saya minat tidak ada dalam saiz saya (35/4) . sedih betul. perlu ke saya memanjangkan sedikit tapak kaki? ai.. tak nak!!

seterusnya saya ke kedai-kedai lain di plaza campbell dan memasuki sebuah kedai barangan terpakai yang khusus ke arah barangan ketenteraan eropah dan amerika syarikat dalam era 1900. memang membuatkan bulu roma saya berdiri tegak dan berasa sangat teruja. beberapa barangan yang dijual rasanya memang saya suka tapi harganya sangatlah.. sebenarnya mampu dibeli tapi saya yang kedekut. dan saya telah menghabiskan hampir sejam masa saya di situ. agak-agaknya ada tak barangan tentera malaysia di situ? saya tak nampak walau sebuah bekas air pun.. hmm adakah barang-barang tersebut tidak dikumpul pun? atau tak ernilai di kedai-kedai seperti ini? atau, mungkinkah ianya terlalu berharga sehingga tidak ada yang mahu menjualkannya dan disimpan dalam gobok di rumah atau lebih baik lagi, diletakkan dalam almari perhiasan? saya tak tahu, dan saya ingin tahu.

kebanyakan kedai di sini menjual produk-produk yang jarang saya temui di tempat-tempat yang biasa saya kunjungi. terutamanya barangan terpakai. saya tertarik untuk memasuki sebuah kedai pakaian terpakai dan berbual dengan pemiliknya. sebenarnya pemilik menjalankan perniagaan pengubahsuaian pakaian; terutamanya seluar jeans. pemilik menjalankan perniagaan itu setelah insaf dari perbuatannya yang lalu. pada mulanya beliau adalah seorang lelaki yang mementingkan wang dari segala-galanya. beliau telah melakukan segala pekerjaan yang terkutuk; kaki mabuk, kaki perempuan, terlibat dalam penjualan dadah, gangster dan sebagainya yang biasa kita lihat dalam siri gerak khas. beliau ada menceritakan bahawa hari-harinya yang lalu dimulakan dengan beer stout setiap pagi, pergi karaoke kalau tak ada GRO memang tak layan, namun beliau telah bertaubat setelah berlakunya suatu peristiwa yang benar-benar menyedarkan bahawa perlakuannya itu tidak membawa sebarang kebaikan. salah seorang rakannya telah dijumpai mati selepas 3 hari. berhampiran kepala mayat tersebut terdapat banyak tin minuman keras. mayat tersebut tidak dituntut oleh keluarga, maka si pemilik sebagai kawan pergi menuntutnya. bayangkanlah mayat selepas 3 hari. selepas itu, selepas mayat tersebut diuruskan, tiba waktu untuk menanamnya. tiada siapa ingin dengan rela hati untuk membantu untuk menyambut mayat si mati untuk ditempatkan ke dalam liang lahad. sekali lagi, si pemilik kedai, atas dasar kawan, pertolongan terakhir untuk si mati, menyanggupi untuk masuk ke dalam liang dan menyambut tubuh kawannya itu. entah apa silapnya, liang itu tidak kelihatan sempit; masih ada ruang untuk mengalihnya tetapi mayat itu tidak dapat dimuatkan ke dalam liang tersebut. mayat tersebut terpaksa juga ditekan untuk dimasukkan ke dalam liang, berdetup bunyi tulang mayat tersebut apabila dimasukkan ke dalam liang. timbullah suatu perasaan takut dan ingin berubah dalam diri pemilik kedai apabila berdepan dengan peristiwa itu. maka, beliau membuat keputusan untuk bertaubat dan berubah. walau payah, namun beliau masih berusaha. saya meninggalkan kedai beliau dengan suatu perasaan yang tidak terceritakan dan suatu kisah hidup yang tidak pernah cuba saya bayangkan.

kenapa beliau menceritakan kisah ini sebenarnya? beliau bertanya mengapa saya berjalan seorang diri? tiadakah yang ingin menemani? jawapan saya mungkin sesiapa yang menemani saya mungkin tidak akan tahan dengan perangai saya duduk di kedai lama-lama dan boleh menghabiskan sejam memerhatikan dan membelek SETIAP barang-barang yang dipamerkan; walaupun seorang teman lelaki yang memahami. ha ha ha. usah mimpilah. akhirnya saya menceritakan tentang si 'dia' yang lalu, yang saya cuba lupakan kerana pekerjaannya yang pada saya tidak menjamin masa depan dan tidak elok. si pemilik kedai berkata, jika ditanyakan hal perempuan padanya, beliau akan berkata bahawa perempuan tidak boleh dipercayai. mungkin ianya sentimen yang wujud atas pengalamannya yang lalu. namun, bagi beliau, lelaki seperti 'dia' memerlukan bimbingan untuk berubah, dalam kes dirinya, perubahan berlaku apabila beliau terlibat dalam pengebumian rakannya. mungkin sepatutnya saya tidak patut membiarkan 'dia' tanpa merubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik. itu pandangan beliau, atau sebaliknya saya yang mudah berputus asa. tak kisahlah.

baiklah, kembali ke tajuk asal. saya meninggalkan plaza campbell dengan suatu soalan; masih adakah pengunjung bangunan usang ini? bagaimana mereka (pemilik-pemilik kedai) masih dapat bertahan dengan kehadiran pengunjung yang boleh dikira, dengan pertumbuhan banyak bangunan-bangunan perniagaan yang lebih canggih, mempunyai lebih banyak pilihan, kemasukan jenama-jenama antarabangsa yang memang menjadi kegilaan rakyat malaysia ketika ini (termasuk saya, walaupun mungkin cukup sekadar melihatnya di kedai). saya masih ngat bahawa jeans yang ditemui di campbell berjenama edwin, wrangler yang pada saya mungkin sudah sedikit 'terlebih masa' dan sesetengah jenama yang saya sendiri pun tak pernah dengar. tapi yang saya pasti, saya akan kembali.

meneruskan langkah kaki ke sogo, pusat membeli-belas kegemaran mak saya, dari dulu sampai sekarang. akhirnya dapat juga saya membeli sepasang kasut leper (ha ha ha) larrie berwarna hitam untuk menggantikan puma hitam purple yang sudah berlubang itu (sedih) dan kemudian berjalan ke stesen star LRT untuk ke berjaya times square. target utama ialah untuk membeli sepasang selipar basahan untuk menggantikan selipar hijau yang putus 2 hari lepas (semua nak rosak pada masa yang sama). tetapi saya telah membeli tiket wayang untuk menonton semua cerita cina. 'hot summer days'. dibintangi oleh barbie hsu, jacky cheung, vivian hsu (saya adalah kipas susah matinya), daniel wu sebagai chef yang buat sushi, dan nicolas tze yang hot(:D tak dapat cari perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu)! ada pelakon lain, tapi jarang-jarang diketengahkan dalam filem ini. mengisahkan 6 buah cerita cinta yang berlaku dalam musim panas di shenzhen, hong kong, dan.. entah. macam 'cinta', 'sepi', 'love, actually'. terkejut bila maggie cheung yang sudah lama tidak kulihat di layar perak muncul untuk menangis dan menyedarkan si kicap; chef sushi (daniel wu) akan cintanya terhadap wasabi, vivian hsu. satu transformasi juga apabila melihat barbie hsu yang biasanya berambut panjang, lemah-lembut dan tidak terlalu kasar (contoh: san chai dalam meteor garden) berambut pendek, menunggang motosikal dan ganas, siap ada tatu di lengan kanan. kesimpulannya, saya bagi 3 daripada 5. sebab perasaanya seperti menonton filem-filem yang dah dinyatakan di atas, tetapi dalam versi cina dan berpeluh-peluh dengan dahsyat. he he. selepas tu, barulah beli selipar yang dah tengok dengan deqna minggu lepas.

pastu, balik.

bye! (penat, 4 jam nak habiskan post ni)