Tuesday, December 28, 2010

mimpi cinta

wajah sama yang kulihat dalam mimpiku dulu
muncul lagi
kebanyakan waktu dia muncul kala aku fikir hatiku mula beralih arah
tetapi adakah dia juga merasakan yang sama?
rasa yang kukira sudah cukup lama kusimpan
cukup lama

dalam perjalananku yang singkat ini
pernahku terpesong, aku singgah yang lain
tetapi tidak pula berkekalan
kutinggalkan dia namun aku pula yang ketinggalan

ampuniku
aku tidak bermaksud mengkhianati rasa ini
pada waktu itu aku hanya cuba melupakanmu
kerana kusangka kau tidak akan kutemui lagi

TETAPI kau muncul lagi
kali ini, kau pula menghulurkan salam
ingin sekali aku menyambutnya dan biar kau sedar akan rasa ini
bilakah akan tiba saat itu?
saat aku bisa berdamping denganmu
berbaring di ribaanmu
seperti yang biasa kulihat dalam mimpi-mimpiku

Sunday, December 5, 2010

i want to write about...


this is my friend, dba during her solemnization with fairuz last friday (3rd dec 2010)


this is the most touching moment in a solemnization event.

and i personally love these kind of pictures where i can see

the happiness of being somebody's wife
the face of a husband who's suddenly look like a real responsible man


so dear readers, if anything bad happens in your marriage life,
please remember these few moments, where you all actually promise to yourself and
your partner to live happily and with full responsibility.

Tuesday, November 30, 2010

habis

macam dah habis.. tapi tak pasti.. betul ke dah habis? result tak keluar lagi.. patut tak han risau? patut tak?

Friday, November 5, 2010

mata

kena lagi kali ni.

tak paham kenapa han selalu kena status skandal or kekasih gelap.

sama ada sedar atau tidak. biasanya tak sengaja.

yang terbaru.. seriously, han memang tak tahu dia dah kahwin.. baru lagi la tapinya, baru 4 bulan..
tapi dia tak beritahu.. tiba-tiba isterinya sms suruh jangan contact lagi.. bukan han yang contact dia ok? suami awak tu yang tiba-tiba je muncul lepas 4 bulan hilang. patutlah hilang. bernikah rupanya. kalau iya pun beritahu lah kan.. so bolehlah buat bodoh je.

tapi.. tak kisah pun. bukan salah han.. :P

Friday, October 29, 2010

do u like futsal?



ok here is the deal,

just click at this icon : futsal you'll be directed to a site where you can get 50% discount for a court booking. the voucher for 6 months, ya!

where is the futsal court? it's the one at ONE UTAMA rooftop's PADANG



and not only that, you will also able to enjoy other promotions if you click this : promotions this is a promotions site where you'll find many promotions weekly!

so do check it out ya!

Wednesday, October 6, 2010

Thursday, September 30, 2010

MAGIKA

aha.. guess what? i went to KLCC to watch MAGIKA and felt very happy to watch a movie yang sangat membanggakan. of course lah, movies by KRUSTUDIOS always out of norm and this is one of them.


MAGIKA TRAILER

dimulai dengan
introduction puteri bunians di sungai menyanyi-nyanyi dan MAGIKA. huh berdiri bulu roma. kisah sebenar bermula dengan pergaduhan dua beradik yang tidak diketahui punca, apasal asyik bertegang urat macam han dan syasya. tongue sticking out smiley Pictures, Images and Photos kemudian adik kecil, yang bernama Malik merajuk lalu membaca diri ke belukar di belakang rumah neneknya. kakaknya Ayu disuruh Papa untuk mencarinya. dah jerit sana, jerit sini, tak jumpa pun si Malik yang merajuk tu. sudahnya, dia terterjun ke dalam perigi lama dan sampai ke alam MAGIKA. ouh yeah.. puteri bunians yang ramai dijumpai di sungai, gateway antara dua sebenar dan dunia fantasi tersebut terdiri adalah daripada MAYA KARIN, MAYA KARIN, dan MAYA KARIN.

Malik ditangkap oleh nenek kebayan. Ayu pulak termasuk jugak dalam telaga tu, tapi nasibnya lebih baik apabila dapat bercakap-cakap dgn Pak Pandir tentang adiknya dunia MAGIKA.

ok.. yang lain.. korang kene tgk sendiri ok.. hehehe ( ayat dah malas la tu)

yang paling power, ada teknologi video sms tau.. surat dari nenek kebayan kepada puteri gunung ledang.. silalah bawak family dan orang-orang tersayang menontonnya ya.

score: 4.5/ 5

sebab compare dengan HOTEL MANIA, lagu-lagu dalam movie ni dedicated to dan menepati scene. dua lagu yang rasanya paling diperhalusi dalam filem muzikal ni adalah lagu "Penyembuh Rindu" by DIANA DANIELLE dan MAWI dan "Mana Nak Lari" performed by artists dalam filem ni. macam sesuai sangat.. yang lain tu.. bukan tak sedap.. tapi kadang-kadang lirik tak cukup. tak padan dengan satu set melodi. tah tak tau macam mana nak cakap.. tak pandai pun.. tapi memang rasa macam tak cukup.. tapi all in all, starting filem tu je pun dah buat bulu roma meremang.. so.. biasanya kalau itu yang terjadi, bagi han, dah memang best sangat dah tu.. bukan semua benda boleh buat rasa rushed macam tu tau. especially masa OGY's appearance.. ha.. minat sangat kat dia.. rasa nak nangis dengar dia menyanyi..






ada jugak yang bestnya tengok MAGIKA tadi ni.. kebetulan.. malam tadi, DIANA DANIELLE duduk kat sebelah han berbaju kurung.. ha comel sangat.. dengan sape? jeng jeng jeng.. tak perasan.. nampak dia pakai seluar putih je.. tongue sticking out smiley Pictures, Images and Photos

salute KRUSTUDIOS!

ada lagi.. set coordinator filem ni is my senior yang graduated from this IIUM. bangga sekejap tengok nama dia kat credits. way to go Mr. Iqbal!


Wednesday, September 29, 2010

maxis postpaid to hotlink

emm.. recently i'm facing problems with both maxis postpaid plan and maxis broadband. i don't know why i always have to skip the payment and at the end, it brings me to the extend that i have to suspend my line to stop the bill increasing. why is it so? because i used too much sms which is costly if u use postpaid plan which benefits those who like to voice call instead of texting.

T A H I.

so i'm thinking of changing from postpaid plan to prepaid plan which i think can help me from indebted to maxis after this. grr... postpaid got higher sms rate compare to prepaid plan.


from the commercial i saw on tv, it does looks good but i'm not sure what will happen if i really change to hotlink. firstly i don't like to go to a shop to buy the top up ticket. secondly, we are not always mingle around 24 hours store to get those tickets when needed. with postpaid i don't have to top up,but only have to collectively pay for the bill at the end of the month.
enough credit. i always have it expired rather rm0.00 credit. yeah i like it!

so what do you think? should i change to prepaid plan or not? i'll go and pay the suspended bill anyways.. but the way i'm using my phone for, should i keep sticking to postpaid plan?

Saturday, September 4, 2010

salam

selamat hari raya, maaf zahir dan batin

sekarang ni sibuk (konon-kononnya) dengan thesis: drawings, report dan tak ketinggalan, hal terkinja-kinja yang lain.

bagaimanapun masih lagi berpijak di bumi yang nyata.. walaupun kadang-kadang rasa macam tak nak teruskan dah.. cuma kali ni, everything's better, sebab rasa ada orang yang percaya kita boleh buat segala perkara yang rasa-rasa macam mustahil tu.. yay!

Wednesday, August 25, 2010

Sunday, July 25, 2010

face the reality

i know that i always pamper myself unnecessarily; especially for letting myself relax and not doing anything to improve myself or simply doing work for my coming presentation. all i know is thought that i don't know how to do it, so, just.. "okay, let it be" and continue sleeping on the uncomfortable chair in my studio. i wonder since when i'm like this and never change, even though I've seen so many pictures which taught me courage, determination, diligence and all good sorts of thing. right now, my mind is attached to my mother and home. i wanted to make her happy with my achievement; which i think she'd lost that 'happiness' for about 9 years. i want to make her happy just because of my graduation, which has been procrastinated for 2 years now. give me strength. i know that i'm strong, LA is not my cup of coffee, but i just have a semester to go through. hope that i can do everything right, diligently. God, help me go through this without fuss, without wavering about do it, or stop doing it. keep me moving, moving, moving. really want to do good like everybody else.. but.. err, okay, no 'but'. please, please, please. let me sleep when I've done all my work.

Wednesday, July 14, 2010

sewing always made my day

i do corsages, fabric rings.. sewing is an activity i love when i feel stressful.

Tuesday, April 6, 2010

hujan lebat lagi lagi

biasalah.. hujan lebat memang time yang paling best untuk berangan, dan layan blues.. bukan blue, ok?

baru-baru ni macam-macam dah berlaku. dua orang sepupu yang sebaya dah berkahwin dengan pilihan masing-masing, percintaan semasa belajar di universiti. betul, perkara ni sekali lagi memberi tamparan besar dalam hidup ni. bukan sebab cemburu mereka dah berkahwin, tapi cemburu yang mereka dah bersedia untuk suatu peringkat baru dalam kehidupan, sedangkan han masih di sini, melakukan perkara yang sama sejak 7 tahun yang lalu (walaupun every day is a brand new day and never be the same). selain sepupu-sepupu yang baru berkahwin tu, ada juga kawan-kawan seperjuangan yang juga sudah melengkapkan iman mereka. han ucapkan semoga berbahagia dan kekal sampai akhir hayat. jangan gaduh-gaduh, cubalah berkongsi hidup dengan penuh sabar dan saling percaya-mempercayai.

cukup dengan kisah kahwin, salah seorang kawan sejak sekolah menengah pula sedang membina kejayaan dengan menyertai suatu network marketing yang han kira agak berjaya dan mungkin paling dipercayai setakat ini. cumanya han tak ada modal dan keyakinan untuk melakukannya. kawan han ni dah berjaya memiliki sebuah kereta sukan, hehe.. sport car, bmw z4 yang sungguh hangat walaupun hanya dengan mendengar jenama dan modelnya. kawan han ni masa sekolah dulu amatlah nakalnya, dan banyak cakap. teringat lagi kami semua memanggilnya dinosaur. kenapa agaknya. mungkin dengan mulut besarnya itu, dia berjaya meyakinkan potential prospect untuk menyertai network marketing tersebut. alhamdulillah, dia pun dah tak jahat macam dulu.. tahu cara nak mencapai masa depan yang gemilang. dia kot salah seorang yang paling berjaya (monetarily) di kalangan kawan-kawan han, walaupun dia antara yang paling teruk masa sekolah dulu.

kisah seorang kawan yang belajar di negara matahari terbit pula, kini dia sudah pulang untuk bekerja di tanahairnya. betapa suatu ketika dia berasa sungguh kehilangan apabila ibunya meninggal dunia. kawan han ni anak bongsu, satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, sudah tentu amat rapat dengan ibunya yang juga seorang guru di sekolah kami. kini, hatinya masih bolak-balik dengan konflik yang berlaku di sekelilingnya dan merubah dirinya secara langsung atau tidak langsung. sayang, jaga dirimu.. i know you can do it. you'll make your mom proud of you. i know you are strong. 

"you can achieve more than anyone"

dalam keadaan sedikit pilu ini, mengenangkan seorang kawan yang dikenali sejak darjah 2 sampai masuk uia, (1993-2005) tempoh persahabatan kami yang agak lama ni memberi peluang untuk han mengenali seorang yang sangat istimewa, kini tiada lagi di dunia ini. seorang yang sangat outspoken walaupun kadang-kadang mengalami sedikit gangguan emosi. sekolah rendah sama, sekolah menengah juga sama, satu universiti lagi. han rindu dengan ikan masak pindangmu.. al-fatihah kukirimkan di tarikh hari jadimu yang baru berlalu (5 april).

kawan-kawan yang dah jauh dari han. han kangen banget! bila lagi kita dapat habiskan masa bersama-sama.. tepi pantai ke.. (emm berangan lagi)

bukanlah han mahu membanding-bandingkan antara sesiapa ataupun nak memandang serong kepada sesiapa. tapi itukah.. apa juga yang berlaku pada waktu dahulu, walaupun sedikit sebanyak ia mempengaruhi diri kita sekarang, usahalah untuk yang terbaik. han pun sedang berusaha, dengan payah sekali untuk menghabiskan step yang terahir di uia ni.. tak sanggup lagi dah weh!!

harap semua bertabah dengan segala yang berlaku, cuba sedaya-upaya demi masa depan yang gemilang. han pun akan cuba, yeah!! tolong doakan untuk han sama ye? thank you!!

Thursday, March 18, 2010

sukar dipercayai

pada mulanya, memang han dah buat keputusan tak nak pergi ke kuantan untuk ke perkahwinan zhafri dan nabila. tetapi tiba-tiba, setelah dipujuk oleh acik shah, han pun ikutlah trip wawa, liah dan ima ke kuantan. dalam perjalanan, (pada masa entri ini ditaip, kami berada di uia) orang ofis wawa called mengatakan dia perlu menghantar laporan dalam bentuk softcopy, padahal wawa telah mencetak keluar laporan tersebut. lalu, kerana kami telah singgah di mcd karak, maka kami telah membuat keputusan untuk singgah di uia sebentar untuk menghantar email yang disertakan laporan yang dikatakan tadi. jadi, di sinilah kami, di makmal komputer kaed, menyiapkan laporan dan menghantarnya kepada pihak yang berkenaan. hehe.. lawok. nasib baik hani ikutkalau tak, diorang kena lah cari kafe siber. hehehe :p

baiklah, kami nak menyambung perjalanan ke kuantan, daa!

Thursday, March 11, 2010

aha!

ahahahahahahaahahahahahahahahahahahahaahahhahahaahahahahahahahahahaha~

Thursday, March 4, 2010

plaza campbell and sogo dan berjaya times square

hi.

saya tak pernah masuk plaza campbell di kl ni. semalam saya ke sana untuk menghantar chicken puff kepada makcik saya yang menyertai kelas jahitan di sana. selepas itu, saya berjalan-jalan di plaza tersebut dan berasa sangat terkejut kerana ada pelbagai perkara baru yang saya lihat di sana. sepanjang 7 tahun tinggal di kl, saya tak pernah pijak lantai plaza ini pun dan hari ini, saya rasa, saya akan kembali.

saya tak pernah melihat koleksi converse yang begitu banyak di sesebuah kedai. tapi semalam saya dapat lihat banyak koleksi kasut converse ni, yang baru, yang lama, sayangnya rekabentuk kasut yang saya minat tidak ada dalam saiz saya (35/4) . sedih betul. perlu ke saya memanjangkan sedikit tapak kaki? ai.. tak nak!!

seterusnya saya ke kedai-kedai lain di plaza campbell dan memasuki sebuah kedai barangan terpakai yang khusus ke arah barangan ketenteraan eropah dan amerika syarikat dalam era 1900. memang membuatkan bulu roma saya berdiri tegak dan berasa sangat teruja. beberapa barangan yang dijual rasanya memang saya suka tapi harganya sangatlah.. sebenarnya mampu dibeli tapi saya yang kedekut. dan saya telah menghabiskan hampir sejam masa saya di situ. agak-agaknya ada tak barangan tentera malaysia di situ? saya tak nampak walau sebuah bekas air pun.. hmm adakah barang-barang tersebut tidak dikumpul pun? atau tak ernilai di kedai-kedai seperti ini? atau, mungkinkah ianya terlalu berharga sehingga tidak ada yang mahu menjualkannya dan disimpan dalam gobok di rumah atau lebih baik lagi, diletakkan dalam almari perhiasan? saya tak tahu, dan saya ingin tahu.

kebanyakan kedai di sini menjual produk-produk yang jarang saya temui di tempat-tempat yang biasa saya kunjungi. terutamanya barangan terpakai. saya tertarik untuk memasuki sebuah kedai pakaian terpakai dan berbual dengan pemiliknya. sebenarnya pemilik menjalankan perniagaan pengubahsuaian pakaian; terutamanya seluar jeans. pemilik menjalankan perniagaan itu setelah insaf dari perbuatannya yang lalu. pada mulanya beliau adalah seorang lelaki yang mementingkan wang dari segala-galanya. beliau telah melakukan segala pekerjaan yang terkutuk; kaki mabuk, kaki perempuan, terlibat dalam penjualan dadah, gangster dan sebagainya yang biasa kita lihat dalam siri gerak khas. beliau ada menceritakan bahawa hari-harinya yang lalu dimulakan dengan beer stout setiap pagi, pergi karaoke kalau tak ada GRO memang tak layan, namun beliau telah bertaubat setelah berlakunya suatu peristiwa yang benar-benar menyedarkan bahawa perlakuannya itu tidak membawa sebarang kebaikan. salah seorang rakannya telah dijumpai mati selepas 3 hari. berhampiran kepala mayat tersebut terdapat banyak tin minuman keras. mayat tersebut tidak dituntut oleh keluarga, maka si pemilik sebagai kawan pergi menuntutnya. bayangkanlah mayat selepas 3 hari. selepas itu, selepas mayat tersebut diuruskan, tiba waktu untuk menanamnya. tiada siapa ingin dengan rela hati untuk membantu untuk menyambut mayat si mati untuk ditempatkan ke dalam liang lahad. sekali lagi, si pemilik kedai, atas dasar kawan, pertolongan terakhir untuk si mati, menyanggupi untuk masuk ke dalam liang dan menyambut tubuh kawannya itu. entah apa silapnya, liang itu tidak kelihatan sempit; masih ada ruang untuk mengalihnya tetapi mayat itu tidak dapat dimuatkan ke dalam liang tersebut. mayat tersebut terpaksa juga ditekan untuk dimasukkan ke dalam liang, berdetup bunyi tulang mayat tersebut apabila dimasukkan ke dalam liang. timbullah suatu perasaan takut dan ingin berubah dalam diri pemilik kedai apabila berdepan dengan peristiwa itu. maka, beliau membuat keputusan untuk bertaubat dan berubah. walau payah, namun beliau masih berusaha. saya meninggalkan kedai beliau dengan suatu perasaan yang tidak terceritakan dan suatu kisah hidup yang tidak pernah cuba saya bayangkan.

kenapa beliau menceritakan kisah ini sebenarnya? beliau bertanya mengapa saya berjalan seorang diri? tiadakah yang ingin menemani? jawapan saya mungkin sesiapa yang menemani saya mungkin tidak akan tahan dengan perangai saya duduk di kedai lama-lama dan boleh menghabiskan sejam memerhatikan dan membelek SETIAP barang-barang yang dipamerkan; walaupun seorang teman lelaki yang memahami. ha ha ha. usah mimpilah. akhirnya saya menceritakan tentang si 'dia' yang lalu, yang saya cuba lupakan kerana pekerjaannya yang pada saya tidak menjamin masa depan dan tidak elok. si pemilik kedai berkata, jika ditanyakan hal perempuan padanya, beliau akan berkata bahawa perempuan tidak boleh dipercayai. mungkin ianya sentimen yang wujud atas pengalamannya yang lalu. namun, bagi beliau, lelaki seperti 'dia' memerlukan bimbingan untuk berubah, dalam kes dirinya, perubahan berlaku apabila beliau terlibat dalam pengebumian rakannya. mungkin sepatutnya saya tidak patut membiarkan 'dia' tanpa merubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik. itu pandangan beliau, atau sebaliknya saya yang mudah berputus asa. tak kisahlah.

baiklah, kembali ke tajuk asal. saya meninggalkan plaza campbell dengan suatu soalan; masih adakah pengunjung bangunan usang ini? bagaimana mereka (pemilik-pemilik kedai) masih dapat bertahan dengan kehadiran pengunjung yang boleh dikira, dengan pertumbuhan banyak bangunan-bangunan perniagaan yang lebih canggih, mempunyai lebih banyak pilihan, kemasukan jenama-jenama antarabangsa yang memang menjadi kegilaan rakyat malaysia ketika ini (termasuk saya, walaupun mungkin cukup sekadar melihatnya di kedai). saya masih ngat bahawa jeans yang ditemui di campbell berjenama edwin, wrangler yang pada saya mungkin sudah sedikit 'terlebih masa' dan sesetengah jenama yang saya sendiri pun tak pernah dengar. tapi yang saya pasti, saya akan kembali.

meneruskan langkah kaki ke sogo, pusat membeli-belas kegemaran mak saya, dari dulu sampai sekarang. akhirnya dapat juga saya membeli sepasang kasut leper (ha ha ha) larrie berwarna hitam untuk menggantikan puma hitam purple yang sudah berlubang itu (sedih) dan kemudian berjalan ke stesen star LRT untuk ke berjaya times square. target utama ialah untuk membeli sepasang selipar basahan untuk menggantikan selipar hijau yang putus 2 hari lepas (semua nak rosak pada masa yang sama). tetapi saya telah membeli tiket wayang untuk menonton semua cerita cina. 'hot summer days'. dibintangi oleh barbie hsu, jacky cheung, vivian hsu (saya adalah kipas susah matinya), daniel wu sebagai chef yang buat sushi, dan nicolas tze yang hot(:D tak dapat cari perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu)! ada pelakon lain, tapi jarang-jarang diketengahkan dalam filem ini. mengisahkan 6 buah cerita cinta yang berlaku dalam musim panas di shenzhen, hong kong, dan.. entah. macam 'cinta', 'sepi', 'love, actually'. terkejut bila maggie cheung yang sudah lama tidak kulihat di layar perak muncul untuk menangis dan menyedarkan si kicap; chef sushi (daniel wu) akan cintanya terhadap wasabi, vivian hsu. satu transformasi juga apabila melihat barbie hsu yang biasanya berambut panjang, lemah-lembut dan tidak terlalu kasar (contoh: san chai dalam meteor garden) berambut pendek, menunggang motosikal dan ganas, siap ada tatu di lengan kanan. kesimpulannya, saya bagi 3 daripada 5. sebab perasaanya seperti menonton filem-filem yang dah dinyatakan di atas, tetapi dalam versi cina dan berpeluh-peluh dengan dahsyat. he he. selepas tu, barulah beli selipar yang dah tengok dengan deqna minggu lepas.

pastu, balik.

bye! (penat, 4 jam nak habiskan post ni)

Wednesday, February 24, 2010

Monday, February 8, 2010

can i eat this? very pretty!!






















banyak lagi!! tapi tak larat nak paste da.. jangan peduli gambar sekerat2 tu e

Tuesday, January 26, 2010

kawan-kawan di trip yang aneh..






hutan banda, jb

nenas, satu masa dulu

nenas

amy and my family

safi poyo

my family

amy lagi.. with my tok

oz lame dulu

kafanaku

aneh nye.. sape die? zering yang kering tgh kesejukan

tunggu tram

jejaka perasan hensem.. still in klia

kak shark

sebelah yarra river

muni2

mas merenung masa depan

perangkap sampah

reddy!

tunggu tram di waktu malam yang sejuk

tepi jalan? sydney

ppl.. in oz.. they are us.. ye.. mmg tak menampakkan oz tu sendri.. tgu lagi ya