Wednesday, December 23, 2009

buang masa

nurhani hidayah suka buang masa. tahniah. anda andalah candidate untuk menjadi manusia tak bertamadun dan sering tertinggal di belakang. bukan salah orang lain, tapi masalah diri sendiri. kalau sendiri tak ubah, diri sendiri yang rugi. tahniah atas kesedaran anda dan cubalah buat sesuatu untuk materializekan kesedaran tersebut. sekian terima kasih.

memang kalau boleh nak lempang diri sendiri, memang dah buat. macam mana nak buat kerja, semua orang tak boleh tolong. nurhani yang nampak indipendent sebenarnya sangat bergantung kepada orang lain. tak ada persoal assistant, tak tahu nak jadi ketua kepada diri sendiri. bukan seorang insan yang kamil. keyakinan dah lama dimamah masa, atau sengaja dihilangkankah?

nurhani hidayah sangat memerlukan pertolongan, tapi dia tak pernah menunjukkan kesungguhannya untuk meminta bantuan. harga dirinya begitu tinggi, namun jika difikirkan bukannya kerana ego, tetapi tidak mahu menyusahkan orang lain.. makanya, seperti biasa dia akan jatuh dan terbiar di situ beberapa lama, sehingga jiwanya sendiri keluar dan membuatkannya berdiri semula dalam kepayahan.

dek kerana telah jatuh berkali-kali, dia sudah biasa bangun dalam kepayahan itu. dia mahu melonjak keluar, tapi jiwanya sudah terbang meninggalkan jasad yang masih menahan ombak. lalu siapakah lagi yang boleh menariknya walaupun dengan sangat payah? nurhani hidayah masih di situ, merenung alam sekitarnya yang begitu pesat membangun, lalu mendongak, dan jarang sekali dapat menentang mata2 mereka.

terus-menerus bertahan, mengkaji kelemahan, namun tiada penyelesaian. sangat lemah? saya kurang pasti. sejak bila datangnya perasaan rendah diri itu? sejak bila menjadi sangat lemah? sejak bila menjadi sangat stupid? tahniah nurhani kerana anda memang telah berubah.

"manusia memang sentiasa berubah, jika tidak semakin baik, tentunya berubah menjadi semakin teruk"

2 comments:

  1. be proud of urself...always think that u r d best...that will pyscho u to be always on top..ape yg penting? HAVE FAITH IN YOURSELF!

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen