Wednesday, November 25, 2009

hmm.. it's just a reply where i posted on saifulislam.com


salam, semua..

saya hanya berusia 24 pada tahun ini. sekarang saya sedang membuat kajian tentang ipoh old town untuk design thesis saya sem ini. apa yang dapat saya kongsikan, ialah perspektif saya tentang keadaan kawasan kajian saya yang
memang bersejarah dan merupakan warisan Ipoh,Perak dan seluruh penduduknya.

pertama sekali, kalau nak tahu briefly tentang Ipoh, sila lawati Ipoh Tourist Information Centre, berdekatan Ipoh Padang. memang macam-macam ada.


town hall waktu malam

kebanyakan bangunan di kawasan ini telah atau sedang mengalami proses restoration atau pemuliharaan seperti yang sedang dilakukan di Town Hall, di belakang medan selera Dato’ Sagor.

pada saya, ini adalah satu usaha yang baik dalam memperkenalkan semula warisan Ipoh yang dah lama kita lupakan, dek proses urbanisasi dan juga imigrasi penduduk Perak, khasnya Ipoh ke tempat2 yang lebih maju seperti Kuala Lumpur dan sepertinya.

saya teringat bilamana dalam minggu lepas, saya berhenti semasa lampu isyarat merah di tengah pekan ipoh, saya terleka dengan facebook di telefon bimbit hampir 15 saat selepas lampu hijau menyala, tak ada siapa yang membunyikan hon kepada saya.. :p betapa tak perlu ‘rush’nya penduduk Ipoh ni.

mungkin juga penduduknya memang penyabar dan ramah tamah. semasa saya berjalan seorang diri di sini, ada senior citizent yang menegur, bercerita tentang zaman persekolahannya di King Edward. kami boleh bersembang setengah jam lamanya, tau2 rupanya dia adalah seorang K.E hooligans yang intelligent. he got 9 distinctions in exam, and he got an offer whereby, he can choose anywhere on the atlas to further his study. he chose england. he is now a retired mining engineer. sounds cool, kan?

tentang shopping malls lama-lama seperti Super Kinta, Ocean yang kini dah jadi The Store.. memang betul-betul meninggalkan nostalgia bila saya teringatkan setiap kali saya nak membeli buku nota baru, pasti saya ajak mak ayah saya pergi Super Kinta, sebab banyak pilihan, beli alat tulis pun seronok. kalau membeli pakaian baru pun, mana lagi kalau bukan Super Kinta. dan ingat lagi.. kalau bagi kaum perempuan ni, nak beli pakaian dalam, memang kena pergi Super Kinta, kalau tengok dari bahagian pakaian sukan, bahagian lingerie ni memang macam lautan lingerie (pada masa itulah, saya masih di sekolah rendah, kecik lagi). kalau anda semua masih ingat, ada satu bakery kat situ, yang sardine puffnya, memang terbaik dalam dunia (setakat yang saya pernah rasa la). saya memang sedih bila Super Kinta ditutup, tambahan pula saya tak dapat jumpa dah bakery yang ada sardine puff yang sedap tu.. :’(

taman DR tu pulak memang tempat kami sekeluarga lepak time weekend. mesti simpan roti lama dalam peti ais banyak-banyak, tunggu masa je nak bawak bagi ikan makan. sekarang ni, air tasik kecil tu pun dah surut, walaupun masih ada lagi airnya dan boardwalk tengah tasik tu pun dah dinaik taraf. namun, masih sunyi. sangat sunyi. tak ada lagi orang yang datang untuk naik bot kayuh kat tengah tasik tu. dan ikan pula lebih banyak di bahagian Taman Jepun. padang permainan atau fitness station di bahagian belakang taman DR tu dulu, berhampiran rumah pangsa, dah rosak semuanya. macam terbayang-bayang betapa ramainya budak-budak yang berebut main permainan kat situ sampai kami adik-beradik sempat main sekali sahaja setiap permainan tu. tapi tak kisah. ayah pujuk bagi makan aiskrim.. sedih kan? rasa agak menyesal. sebab rasanya tak ada simpan walau satu pun gambar zaman meriah tersebut. gambar sepi zaman sekarang ni adalah.

banyak lagi saya nak cerita di sini, malangnya ini bukan blog saya. tapi anehnya, saya hanya merepek di blog sendiri dan tak ada entry yang merenggut perasaan macam ni..

bagi saya, Ipoh tak perlu dimajukan dengan bangunan tinggi-tinggi mencakar langit mahupun dijadikan kota warisan yang terlampau padat dengan pengunjung seperti Melaka atau Pulau Pinang. cukuplah dengan pemuliharaan dan pemeliharaan bandar bangunan kolonial ni yang penuh sejarah dan kisah unggul di sebaliknya.

(walau saya berasa sayu melihat muzium darul ridzuan di jalan panglima bukit gantang wahab dan perpustakaan tun razak yang tiada pengunjung dan kekurangan bahan pameran dan buku. both need more attention by the authority)

all the best to all of u.

i love Ipoh forever..

love,
haniekunie.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Sharing is caring.

    Thanks for you marvellous review on what I wrote about Ipoh. I enjoyed reading it. Allow me to wish you all the best with your thesis and Selamat Hari Raya Aidiladha.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam.

    thanks for the wish, dan selamat hari raya aidil adha.

    saya pun tak sangka boleh tulis berjela macam tu. selama ni saya memang meraban teben. :)

    ReplyDelete
  3. OMG i just love this hanie!

    gile rindu food court super kinta!asam laksa yg tiada tandingan.

    ReplyDelete
  4. waa.. han tak ingat pun ade food court..sgt2 tak dapat ingat. tapi best cari tudung sekolah, baju sekolah kat atas pasar besar tu.. and then, kat bahagian pasar ada orang jual cadar, tudung tingkap, comforter second hand from hotel.. hehe.. tak tau la skang ada lagi ke tak.. aa.. rindunye!! nanti han upload gambar sekali.. insya allah

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen