Thursday, October 15, 2009

monolog


setiap yang memerlukan pertolongan, seboleh mungkin aku hulurkan tangan
tapi bukan setiap kali aku dalam dilema, ada tangan yang cuba menyelamatkan
sudahnya aku tercekik dalam lautan hidupku yang tak pernah lupa bergelora
kala aku susah, yang memandang memang ramai
yang sama-sama naik kapal? boleh dikira dengan jari sebelah tangan
kenapa macam tu?
aku tak layak diberi harapankah?
seboleh mungkin, hati aku sendiri menolak untuk menyusahkah orang lain
mugkin ada yang sibuk, ada juga yang kecapekan masa
sedang aku? pernahkan terfikir aku juga capek dengan 24 jam kehidupanku sehari?
aku tak mahu berburuk sangka
tak guna menyesal dan aku tak akan mahu menyesal
semuanya ujian untuk mengajar aku lebih tabah
aku tak mahu berburuk sangka
pada insan, pada Tuhan
aku letih
aku letih apabila aku cuba kumpulkan semangat, cuba menjadi kuat,
dan setiap kali kekuatan itu dipecahkan oleh kekuatan orang lain
yang frekuensi daya hidupnya, atau peluangnya
walaupun aku berada satu landasan dengannya
kadangkala aku hairan, apa sebenarnya yang mereka ada untuk kekal di kelajuan itu?
atau bagaimana mereka terjatuh lalu terus berpaut, memanjat ke landasan dan bertanding semula?
setiap kali persembahan, nilai aku sering dianaktirikan
aku akan berkata, "ok", senyum penuh makna walau hatiku bernanah, berlubang-lubang, hampir reput
jangan ditanya mengapa sifatku mempersembahkan lebih bersinar dari apa yang disuapkan,
kerana "that's the only pride i have"
sorry mom, dad.. love u so much!

3 comments:

  1. dear, what ever it is...i'll always be by your side k. mwah!

    ReplyDelete
  2. go go...believe in urself..u gonna nail it, kak hanie...dont worry...

    ReplyDelete
  3. me too..always by ur side dear....kuatkan semangat!

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen