Monday, September 28, 2009

mari buat rempeyek

bahan-bahan:

(A)
1 kilo tepung beras cap 3 gajah atau teratai
3 1/2 cawan air
1 biji telur
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
setengah kotak kecil santan cair cap m&s
sedikit lada hitam
1 sudu besar kapur makan


(B - dikisar)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis atau udang kering

(C - disangai dan ditumbuk)
4 sudu besar jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit rempah biji

(D)
ikan bilis dan kacang tanah sangai secukupnya sebagai hiasan
minyak untuk menggoreng
acuan rempeyek

cara-caranya:

1- cairkan kapur dengan sedikit air. campurkan semua bahan kecuali bahan-bahan D ke dalam mangkuk adunan.
2- kacau rata, pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair
3- seterusnya panaskan minyak. apabila minyak benar-benar panas, letakkan acuan ke dalam minyak panas tersebut untuk memanaskannya. ini bertujuan untuk memastikan adunan rempeyek tadi tidak melekat pada acuan dan terbentuk cantik.
4- keluarkan acuan tadi dan tuangkan sedikit adunan secukupnya sehingga menutupi keseluruhan permukaan atas acuan tadi. jika minyak sudah cukup panas, adunan tadi akan berdesir apabila dituangkan di atas acuan tersebut. tuangkan sedikit lebihan adunan agar rempeyek kita nanti tidaklah terlalu tebal, tak rangup nanti.
5- letakkan kacang dan ikan bilis secukupnya.
6- masukkan dalam minyak panas perlahan-lahan, biar rempeyek tu tanggal sendiri dalam minyak panas tu.
7- hati-hati jangan sampai rentung. rempeyek ni kalau nipis, minyak pula panas, cepat masak.. elok je nampak keemasan, angkat, toskan.
8- ulang langkah 3 hingga 7 hingga adunan habis.

selamat mencuba!



:::::: gambaq takdak sebab sedap sangat tak sempat nak amik ::::::




No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen