Tuesday, September 29, 2009

email lama

di kala membuang email2 lama yang bersepah dalam inbox, terjumpa pulak email forward ni.. selamat berfikir..

Assalamualaykum, maaf mengganggu minda kawan semua... tapi, ambillah sedikit masa untuk merenungi article ni.... Sedih bila terasa diri pun tergolong....... kuatkan hati sahabat semua ya...


keinginan utk memiliki dan dimiliki amat kuat pada tika dan saat usia menginjak dewasa. lihat kiri, lihat kanan...begitu byk kasih yg sedang berbunga, sgt byk hati yg sedang berlagu. lagu rindu. dan bila mengenangkan diri sendiri, terfikir sejenak. apakah aku perlu mengikut rentak yg dikiri? dan mengikut lenggok yg dikanan? tepuk dada tanyalah iman :-)

rasa yg hadir itu timbul apabila persekitaran turut mengalu-alukan kehadiran aku utk mewarnai lagi kehebatan dan keseronokan cinta. ibarat anak kecil yg merengek pada ibunya agar membeli ais krim keluaran terbaru. rengekan yg belum tentu menjanjikan kenikmatan. peduli apa anak kecil itu dgn harga yg mahal! ah..biarlah kalau rongak sekalipun janji aku dapat ais krim tu, kawan2 makan, diorang kata sedap.. eh? sedap sangat ke? fikir balik...

begitula cinta. berlumba2 mencari cinta. cinta yg belum tentu menjanjikan kebahagiaan. aku analogikan cinta ibarat sekotak hadiah. dibalut cantik, belum pun melihat isinya tapi sudah lebar senyuman di bibir, angankan isinya yg indah2..

ha..bertambah pula diri tidak bertepuk sebelah tangan. si dia dan kamu, masing2 kehausan cinta. opposite attraction is not enough sayang!

kawan! bangun dari mimpi itu! dengar cakap aku. cinta yg sebegitukah yg engkau kejar2kan. kau sedarkah, cinta adalah nikmat ALLAH pada manusia. dan nikmat itu jugalah kau perlekehkan, permainkan dan membuta tula tuli langgar aturan ALLAH. dan aku sebagai sahabatmu, yg ingin sama2 berada disampingmu didunia dan akhirat kelak, tak ingin lihat kau menjadi buta. buta hanya dengan janji2 yang ditaburi dan tak sedar sebenarnya, itu semua bisikan syaitan.

teringat aku dgn kata2 mujahidah solehah yg aku kagumi,

AKU BUKANLAH SEORANG GADIS YG CEREWET DLM MEMILIH PASANGAN HIDUP. SIAPALAH DIRIKU INI UTK MEMILIH BERLIAN SEDANGKAN AKU HANYA SEBUTIR PASIR YG WUJUD DI MANA2. TETAPI AKU JUGA PUNYAI KEINGINAN SEPERTI GADIS LAIN, DILAMAR LELAKI YG BAKAL DINOBAT SEBAGAI AHLI SYURGA,
MEMIMPINKU KE ARAH TUJU YG SATU.

kawan, aku percaya matlamat kita sama sepertinya, bukan? benar bukan? eh, silap...yg aku lihat, matlamatmu makin terpesong. kau sudah mula merelakan kekasih hatimu menyentuh dirimu, walaupun dgn hanya membuang habuk di bajumu...itu salah. tidak pernahkah kau terfikir akan fitnah dari mata2 yg memandang? bagaimana pula dgn pandangan tuhan? kau lebih menghargai makhluk ciptaan-NYA dari menjaga hak-NYA.

tambah mujahidah solehah itu,

TIDAK PERLU KAU MEMILIKI WAJAH SEINDAH NABI YUSUF A.S YANG MAMPU MENDEBARKAN JUTAAN GADIS UTK MEMBUATKAN AKU TERPIKAT. ANDAINYA KAULAH JODOHKU YG TERTULIS DI LUH MAHFUZ, ALLAH PASTI MENCAMPAKKAN RASA KASIH DALAM HATIKU, JUA HATIMU KALI PERTaMA KITA BERPANDANGAN. ITU JANJI ALLAH. AKAN TETAPI SELAGI KITA TIDAK DIIKAT DGN IKATAN YG SAH, SELAGI ITU JANGAN KAU ZAHIRKAN PERASAANMU ITU KEPADAKU KERANA KAU MASIH TIDAK MEMPUNYAI HAK UTK BERBUAT BEGITU. JUGA JANGAN KAU LAMPAUI BATASAN YG TELAH DITETAPKAN SYARA'. AKU TAKUT PERLAKUANMU
ITU AKAN MEMBERI IMPAK YANG TIDAK BAIK DALAM KEHIDUPAN KITA KELAK.

kawan, kau jelas? melalui ikatan yg sah..barulah rasa itu boleh dipupuk, disemai dan didasari dgn rasa kasih. buka mindamu, sekalipun rasa kasih itu terdetik sebelum waktunya, jihadlah.
anugerah jihad ini pasti menanti..

mujahidah solehah berkata lagi,

KALAU AKU TIDAK INGIN KAU MEMANDANG PEREMPUAN LAIN, AKU DULULAH YG
PERLU MENUNDUKKAN PANDANGANKU. AKU HARUS PERBAIKI KELEMAHAN DAN MENGHIAS PERIBADIKU KERANA ITU YG DITUNTUT ALLAH. KALAU AKU INGINKAN LELAKI YG BAIK MENJADI SUAMIKU, AKU JUGA PERLU MENJADI PEREMPUAN YG BAIK. MAKA SETIAP KALI PERASAAN ITU DATANG, SETIAP KALI ITU JUGALAH AKU MENGINGATKAN DIRIKU BAHAWA AKU PERLU MENJAGA PERASAAN ITU. ALLAH TELAH MEMULIAKAN SEORANG LELAKI YG BAKAL MENJADI SUAMIKU UTK MENERIMA HATI DAN PERASAANKU YG SUCI. BUKAN HATI YG MENJADI LEBIHAN LELAKI LAIN..

aku tertanya2, adakah aku juga berada ditebing kebinasaan? apakah aku juga turut menjadi punca kejatuhan lelaki yg dikecewakan lantaran mengharapkan sesuatu yg tak dapat aku berikan? ya allah...bagaiman akan ku jawab dihadapanMU kelak andai disoal? adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidupku dimuka bumi? ya allah...kau peliharalah aku dari kebinasaan itu. berikanlah aku kudrat yg cukup utk memimpin kawan2 ku ke jalanMU, mereka itu lebih hebat taqwanya berbanding diriku. cuma mungkin, kali ini mereka terleka sebentar, berilah mereka hidayah agar mereka tersedar akan perlakuan mereka yg bersifat mazmumah itu. kawan, BERjihadlah. mungkin sukar dan mungkin terdetik di hatimu,

"SIAPA ENGKAU UTK MERAMPAS AIS KRIM ITU DAN MEMBUANGNYA, SEDANGKAN
IA SUDAH BERADA DI TANGANKU?"

fikirkanlah akibatnya. percaya pada diri, gunakanlah kekuatan hati.
tabahlah hati,
sabarlah jiwa..

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen