Wednesday, August 26, 2009

bergedel my style (comel2)


haha.. untuk post ini, mari kita buat bergedel daging comel-comel bersama-sama..
tapi bahan-bahannya memang aku main taram dan tak sukat langsung.. asal boleh je.. hahaha yang pasti memang sedap gila..(kalau tak tawar la) kalau tak percaya, try nanti ye.

tengok, kucing aku si megie pun sibuk nak buat bergedel ni.. tapi terpaksa dok kat bawah meja jela..











bahan-bahan:
sebungkus kecil daging cincang cap ramly (basuh sikit, tos airnya)
5-7 biji ubi kentang saiz sederhana (basuh dengan kulitnya sekali)
3 biji cili merah (dihiris)
2 biji bawang besar (didadu)
5 tangkai daun sup (dihiris)
5 sudu lada hitam ditumbuk (coarse grind)
sedikit serbuk oregano
3 sudu besar minyak masak (untuk menumis daging)
2 cawan minyak untuk menggoreng
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
garam secukup rasa

cara-caranya:

1- masukkan air dan ubi kentang secukupnya dalam periuk sederhana. masukkan satu sudu besar garam dan rebus sehingga empuk.(by this time, kulit ubi kentang tu dah nipis dan boleh nampak isi kuning ubi tu)









2- sementara itu, panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.

3- masukkan daging, lada hitam, serbuk oregano dan garam secukupnya dan kacau. pastikan api tak terlalu besar ye. (tujuan menumis daging ni untuk mengeringkan airnya)

4- bila air daging dah kering, masukkan cili merah dan daun sup. kacau selama 3 minit, tutup api.


5- ubi kentang yang telah direbus tadi, dikupas kulitnya lalu dilenyek sehingga halus teksturnya.









6- masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan kacau rata, kalau tak cukup garam, tambah sesuka hati ;p











7- ayak tepung jagung dan tepung gandum, bahagikan separuh untuk dimasukkan ke dalam adunan. kacau rata.











8- setelah set adunan tersebut, buatkan bebola darinya. besar atau kecil, terpulang pada si chef tersebut. (saye suka comel-comel ala bite-size gitu) bebola-bebola bergedels tu perlu disalut dgn tepung yang separuh lagi tadi supaya tidak melekat-lekat.





9- panaskan minyak untuk dengan api sederhana.
10- pecahkan telur dan pukul.
11- celupkan bergedels dalam telur sebelum menggoreng. kalau suka, boleh juga digolekkan dalam serbuk roti baru digoreng.
12- goreng hingga telur nampak garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya.
13- tada!! dah siap.


cadangan hidangan:
dimakan dengan nasi atau dicicah dengan sos kegemaran anda.

masa menyiapkan:
2 jam

camane? rasa lapar tak di kala bulan ramadhan ni? selamat berbuka puasa!!

6 comments:

  1. lamenye x makan bergedil neh..hani..poskan ek

    ReplyDelete
  2. bile ko wat nie huhuu... nk sikit leh...

    ReplyDelete
  3. aku buat setiap hari.. hari ni pun ade.. hehehe.. sorry la tak leh nak post.. post recipe je yg boleh.. hehe

    ReplyDelete
  4. oo.. 2 jam mase menyiapkan? emm ala.. itu pun sambil2 facebook la, chatting la..

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen