Thursday, May 7, 2009

kemamang

khamis 7th may 2009

ai.. dah hari khamis.. memang masa amat cepat berlalu..

siang tadi dah sampai trengganu. malam pula, dengan pecutan cahaya kak zubed, we all sampai ke uia dalam masa 3 jam sahaja dari kemaman.

memang dahsyat..

trip ke kemaman ni disertai oleh brother rashidi and family (kak nora, asyraf, dan hani), kak zie, suhaily, kak zubed dan han. heh..

seorang bidan telah ditemuramah oleh budak-budak rombongan ini dan beliau telah menyediakan 100 jenis species tumbuhan yang digunakan dalam acara mandi serum untuk ibu selepas bersalin, atau sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan kesegaran badan.

bidan yang dikenali sebagai MOK SU tersebut memang baik hati.. sambil menghisap rokok daun dan kadang kala DUNHILL, beliau menceritakan satu-persatu perihal daun- daun yang dikutipnya itu. daun kapal terbang lah, daun nyumbat musang la.. macam-macam!

cucu MOK SU yang bersekolah rendah membantu kami dengan memberitahu kami nama-nama tumbuhan tersebut kala kami terlupa ketika melabel tumbuh-tumbuhan tersebut.. memang kami salute la si gadis kecil molek itu. pengetahuannya agak luas kerana selalu mengikut MOK SU mencari daun dan akar kayu.

selesai melabel daun, MOK SU menjamu kami dengan air teh panas.. sedap pulak minum-minum dikelilingi pokok-pokok nan rimbun dan dihiburkan dengan bunyi-bunyian unggas hutan.. han tertanya-tanya mengapa diletakkan baju-baju dan seluar buruk di luar rumah MOK SU. han pun bertanya kepada MOK SU, kot ada gerangan pak belang di kawasan tersebut. rupanya bukan pak belang, tapi kera yang sering membuat onar.

setelah berpeluh-peluh melabel 100 daun-daun kayu itu dengan cepatnya, kami semua berlari ke kereta masing-masing kerana hujan mula turun dengan agak lebat. terima kasih MOK SU atas kerjasama dan pengetahuan berguna yang dikongsi dengan kami. we love u.. hehe.. over lak.

setelah sesi menuntut ilmu, kami pun mula meronda-ronda sekitar pekan kemaman.. suatu pemandangan asing bagi saya yang konon-konon tinggal di bandar, melihatkan banyak rumah-rumah kayu yang agak usang menghiasi sepanjangan jalan kami mencari kepok lekor. bukan benci tetapi berasa lebih sedih melihat senibina tradisional ini tidak dipelihara atau cuba dipulihara. kesian.. sepatutnya nilai-nilai seperti inilah yang patut dikekalkan sebagai tarikan pelancong ke negara kita, bukannya dengan 'eyes of malaysia', 'shopping mall terbesar di asia' ke ape ke.. tak seswai! (patriotik sikit). namun, tidak dinafikan peranan mercu tanda seperti klcc, kl tower dan yang seangkatan dengannya dijadikan tarikan pelancong juga adalah tepat dalam memperkenalkan malaysia sebagai negara yang mewah dan berkemampuan.

ok.. dah jadi karangan bahasa melayu kerjaya lak. akhirnya kami beli lah kepok lekor dan apa-apa yang patut seorang sikit sebagai buah tangan dan untuk kepuasan nafsu sendiri. dah pusing-pusing cari kepok, kak nora pun membawa kami ke tempat lepaknya di zaman bujang dahulu; sebuah kedai satar dan otak-otak, berdekatan rumahnya. (kak nora sebenarnya orang kampung kat kemaman ni). kami pun melibaslah beberapa ketul satar dan otak-otak di kedai tersebut. dah siap makan, balik ke rumah mertua brother rashidi iaitu rumah kak nora untuk bermandi-manda dan makan.

dah siap makan semua, kami pun bergerak pulang selepas maghrib dengan memori dan mimpi indah (kerana han tidur dalam kereta kala kak bed merempit).

:perhatian:
ada perkara yang tak dapat diceritakan kerana terlalu rumit untuk dirungkai dengan kata-kata, selebihnya han terlupa atau malas nak cerita. sekian terima kasih.

foto berkaitan:

5 comments:

  1. kunie...sekiranya ko membaca komen nie sebelum pulang ke ipoh.. saya sebagai adik mu yg berjiwa patriotik... membawa pesanan komersil... SILA BALIK IPOH SECEPAT MUNGKIN !!!

    wakakakka:d

    ReplyDelete
  2. kau memang semak la alanakiek.. huhu

    ReplyDelete
  3. han, i gave u an award. nt amik kat my blog. :D

    ReplyDelete
  4. Dari kemaman ke uia 3 jam je ????
    wowww !!!

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen